KISAH BENAR – WASIAT BUAT ISTERI TERSAYANG…..

Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah.Buat semua, pada yang dah berkahwin,baru nak kawin ataupun akan kawinnanti,kisah nie biarlah tersemat didalam jiwa…Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembalike rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalahmerupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau.Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementaramenunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteriAllahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudaraAllahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasaamat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membacaayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minitkemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungutitu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanyaakan sebabnya.Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengarjawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.Antara jawapannya ialah:Suaminya tidak membuat
surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka
milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dananak-anaknya.Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminyabersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang sahamsebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya.Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu,arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnyauntuk dibacakan
surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa
mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulongmasih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.Antara kandungan
surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya
diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudaraperempuannya sebagai pemegang amanah.Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama ratakepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudaralelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekarseorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnyadiserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dandiuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untukmenampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamahmemberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapakrumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,danhendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lainiaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima;manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras keranatiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton sagayang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakanoleh isterinya).Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satukenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.“Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan.Terlalu banyakdosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga.”“Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernahaku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatahlagi jika aku sihat.”“Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumahtidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anakadalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernahdiuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengarpandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga.”“Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugasseharianku,anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagaipengganti ibu).”Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis fahammengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisijenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi diatas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam-she should be thankful….. she got the forgiveness from her husband-Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda,“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Tinggalkan Balasan

Anda harus masuk log untuk mengirim sebuah komentar.